Wednesday 9 January 2019

Kahwin lewat usia? Mula lah dengar siulan dan macam macam pertanyaan. Jom baca sedikit tips sebagai persediaan yang anda perlu lakukan.

Asasnya tiada specific umur untuk menentukan seseorang itu telah lewat untuk berkahwin. Pada zaman moden ini, tanggapan seperti andartu atau bujang terlajak tidak lagi perlu ditakutkan lagi.

Tidak semua dikalangan kita cepat bertemu jodoh, ada yang bercinta putus ditengah jalan, ada yang terlalu sibuk dengan kerjaya dan tidak ketinggalan juga yang susah nak menyesuaikan diri dengan alam percintaan. Tidak biasa.

Sungguh pun masih belum berpunya, masih banyak perkara yang mungkin anda boleh capai. Jadi tips untuk jejaka dan gadis yg mungkin masih belum bertemu bakal Zauj atau Zaujah:


1) Sayangi diri sendiri - Bukan bermaksud kita tak syg diri sebelum kahwin. Tapi percayalah apabila umur telah meningkat, mungkin ada kawan yg makin menjauh akibat telah berkeluarga dan harus lah mereka focus kepada keluarga. Kurang main futsal bersama. Kurang geng travel atau lepak mamak. Jadi focus ambil berat terhadap diri sendiri, lebih focus kepada happy kan diri sendiri.

2) Simpan duit – Ini penting, title bujang bukan bermakna kita tak perlu ada saving sendiri. Bak kata orang ‘joli katak’. Menyimpan adalah lebih baik. Mana tahu tiba tiba jodoh muncul depan mata, simpanan pun dah ada. Naaah, terus naik pelamin lah kita dengan pantas.

3) Travel – Mencari ketenangan dan pengalaman dengan pergi bercuti di Negara org. Bukan Negara org, negeri org pun boleh. Tak salah pun.

4)  Berbakti kepada ibu bapa – Sebelum berjumpa dengan ‘the one’, focus kita seharusnya berbakti kepada mak ayah atau penjaga kita. Bukan bermakna selepas berkahwin dah tak boleh, Tapi sebelum berkahwin, tanggungjwap kita lebih focus kepada mereka sahaja. Tak begitu?

5) Capai kerjaya – Focus kepada kerja/Bisnes disaat kita masih belum punyai komitment berkeluarga. Apa yang org berkeluarga sudah tidak berpeluang lakukan, korang kena hargai masa dan lakukannya!


Selamat Maju Jaya! 

Dersiqbayu Weddings
Pic credit cantik: Thanks to Mr Google

No comments:

Post a Comment