Tuesday 15 January 2019

Pelamin Sanding 2019


Pastel can never go wrong! 







For any inquiries you may whats app us at 0132860343
FB/IG Dersiqbayu Weddings

Monday 14 January 2019

#TIPS 6 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN UNTUK BAKAL PENGANTIN

ALAMAK! Banyak lagi bende tak setel ni. PANIK 😂

Haa. selalu terjadi nya benda macam ni kan pada bakal pengantin. almaklum laah majoriti baru pengalaman pertama, jadi tak pelik lah kalau panik. Tapi persediaan itu penting, supaya kita tak kelam kabut pada hari terakhir end up jadi BRIDEZILLA. pernah dengar? hahah.

Ok kami kongsikan sikit tip yang mungkin membantu bakal pengantin. SHARE jika info ini bermanfaat untuk anda dan org lain.


1. Daftar kursus kawin. Perkara pertama yang perlu dilakukan. Contohnya anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin. Dalam masa tersebut anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur.

2. Tetapkan tarikh (nikah dan sanding). Perkara ini amat penting. Bincang dengan kedua-dua belah pihak. Pengantin pula perlu mengambil cuti kerja yang agak lama kerana terdapat kenduri untuk dua belah pihak.

3. Dah siap kursus kahwin dan terima sijil? Nah, jom lengkapkan borang dan dokumen berkaitan. Segala borang-borang perlulah disediakan dan disiapkan secepat mungkin bagi melancarkan kerja menguruskan hal yang lain.


4. Tentukan tema majlis kahwin. Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu, zaman sekarang tema perkahwinan banyak diserahkan kepada orang tua kita untuk memilih warna kegemaran mereka sebagai tema. Walau bagaimana pun, perkara ini masih memerlukan kata sepakat dari pihak pengantin dan ibu bapa pengantin.

5. Medical check-up (HIV) test . Perkara wajib dibuat. Medical check-up HIV test ini telah dikuatkuasakan kepada semua bakal pengantin oleh kerajaan Malaysia. Tanpa keputusan medical check-up HIV ini, perkahwinan tidak dapat diteruskan kerana keputusan ini wajib disertakan bersama dokumen-dokumen lain.

6. Beli barangan hantaran. Rancang dengan pasangan barangan yang diperlukan sebagai hantaran. Bagi mengelakkkan pembaziran, barangan hantaran yang digalakkan ialah barang kegunaan harian seperti minyak wangi, set penjagaan diri dan lain-lain.

7. Cari/Survey souvenir dan bunga telur. Souvenir untuk tetamu adalah sangat penting. Cari buah tangan yang sesuai dengan bajet anda. Buah tangan perlulah yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada tetamu majlis anda tidak kira lah tua atau muda.


8. Gubah barang hantaran. Untuk jimat, anda boleh gubah sendiri atau DIY barang hantaran anda. Gunakan barangan yang sedia ada didalam rumah anda untuk menjadikan hantaran anda cantik dan mahal. Sekiranya ibu anda peminat barangan vintage, pinjam sahaja sangkar hiasan ayang digantung di luar rumah. Sangkar hiasan tersebut boleh dijadikan tempat letak cincin. Kreatif dan jimat kan?


9. Tempah juru nikah atau tok kadi. Tok Kadi atau Juru Nikah zaman sekarang tersangatlah sibuk dengan pelbagai urusan. Bukan setakat nak menikahkan orang, malah mereka sendiri ada perkara peribadi yang perlu diselesaikan. Jadi bagi mengambil langkah selamat, tempah juru nikah atau tok kadi apabila tarikh pernikahan anda telah ditetapkan. Jangan lupa untuk ingatkan juru nikah/tok kadi anda tentang tarikh pernikahan anda. Mereka juga manusia biasa yang kadang kala boleh jadi terlupa.

10. Senaraikan nama atau tetapkan bilangan tetamu. Penting untuk keluarga pengantin menetapkan bilangan tetamu yang bakal datang kerana ini akan menentukan bajet sesebuah perkahwinan. Sekiranya lagi ramai tetamu yang dijemput, maka lagi tinggi bajet yang anda perlu keluarkan.

11. Tempah atau cetak kad jemputan. Tempah atau cetak sendiri kad jemputan anda. Perkara ini digalakkan untuk dibuat awal. Proses mereka sesebuah kad agak mengambil masa kerana perkara iniperlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

12. Tempah pelamin idaman anda bersama kami Dersiq Bayu Weddingspada hari bersejarah anda. Kami menawarkan design yang menarik yg pasti nya tepat dengan citarasa bakal pengantin 😍


13. Tempah Juru solek atau mak andam. Semakin ramai juru solek yang ada di Malaysia. Anda perlu menempah juru solek atau mak andam kegemaran anda seawal yang boleh dengan membayar deposit kepada mereka supaya nama anda dimasukkan kedalam 'makeup booking list' mereka.

14. Pilih busana pengantin. harus ditempah awal kerana setiap busana perlu fitting dan bakal pengantin harus lah selesa dengan pakaian yang akan mereka gayakan pada hari bahagia nanti.


15. Selesaikan urusan menempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain) serta kanopi dan catering. Sebelum mengambil keputusan untuk mengambil catering, anda perlu membuat 'food test' dengan pihak catering agar anda berpuas hati dengan masakan mereka. Bagi tempahan khemah, anda boleh mula membuat bayaran pendahuluan sebagai tanda setuju anda untuk mengambil servis mereka.


16. Cari jurugambar dan / atau juru video yang sesuai dengan kehendak dan keinginan anda. Proses pencarian jurugambar agak lama. Anda perlu meneliti hasil dari jurugambar samada berbaloi dengan harga yang ditawarkan ataupun tidak. Sekiranya anda mahu jurugambar yang murah, anda jangan lah mengharap yang gambar anda akan secantik jurugambar professional dengan bayaran yang lebih tinggi.


17. Tempah kompang, silat gayung ker, marhaban, tarian atau band. Untuk memeriahkan majlis, anda digalakan untuk menempak servis-servis ini sekali gus menghiburkan hati tetamu yang datang. Sekarang makin banyak pengantin yang menggunakan atau menempah set karaoke, khas untuk tetamu yang dijemput agar bergembira di majlis mereka.

18. Tempah atau cetak bunting atau signage. Perkara ini wajib dilakukan agar tetamu jemputan anda tahu kemana arah yang sepatutnya mereka pergi, kemana arah sepatutnya mereka parking. Ini memudahkan semua pihak termasuk pihak keluarga pengantin kerana tidak perlu kerap menjawab talifon sekiranya ada tetamuyang sesat mencari lokasi majlis.



Semoga bermanfaat kepada semua ! 😍😍
IG dersiqbayuweddings
pic cantik credit to Mr Google

Wednesday 9 January 2019

Kahwin lewat usia? Mula lah dengar siulan dan macam macam pertanyaan. Jom baca sedikit tips sebagai persediaan yang anda perlu lakukan.

Asasnya tiada specific umur untuk menentukan seseorang itu telah lewat untuk berkahwin. Pada zaman moden ini, tanggapan seperti andartu atau bujang terlajak tidak lagi perlu ditakutkan lagi.

Tidak semua dikalangan kita cepat bertemu jodoh, ada yang bercinta putus ditengah jalan, ada yang terlalu sibuk dengan kerjaya dan tidak ketinggalan juga yang susah nak menyesuaikan diri dengan alam percintaan. Tidak biasa.

Sungguh pun masih belum berpunya, masih banyak perkara yang mungkin anda boleh capai. Jadi tips untuk jejaka dan gadis yg mungkin masih belum bertemu bakal Zauj atau Zaujah:


1) Sayangi diri sendiri - Bukan bermaksud kita tak syg diri sebelum kahwin. Tapi percayalah apabila umur telah meningkat, mungkin ada kawan yg makin menjauh akibat telah berkeluarga dan harus lah mereka focus kepada keluarga. Kurang main futsal bersama. Kurang geng travel atau lepak mamak. Jadi focus ambil berat terhadap diri sendiri, lebih focus kepada happy kan diri sendiri.

2) Simpan duit – Ini penting, title bujang bukan bermakna kita tak perlu ada saving sendiri. Bak kata orang ‘joli katak’. Menyimpan adalah lebih baik. Mana tahu tiba tiba jodoh muncul depan mata, simpanan pun dah ada. Naaah, terus naik pelamin lah kita dengan pantas.

3) Travel – Mencari ketenangan dan pengalaman dengan pergi bercuti di Negara org. Bukan Negara org, negeri org pun boleh. Tak salah pun.

4)  Berbakti kepada ibu bapa – Sebelum berjumpa dengan ‘the one’, focus kita seharusnya berbakti kepada mak ayah atau penjaga kita. Bukan bermakna selepas berkahwin dah tak boleh, Tapi sebelum berkahwin, tanggungjwap kita lebih focus kepada mereka sahaja. Tak begitu?

5) Capai kerjaya – Focus kepada kerja/Bisnes disaat kita masih belum punyai komitment berkeluarga. Apa yang org berkeluarga sudah tidak berpeluang lakukan, korang kena hargai masa dan lakukannya!


Selamat Maju Jaya! 

Dersiqbayu Weddings
Pic credit cantik: Thanks to Mr Google